Quantcast
Channel: IkutSukaAku - Isa
Viewing all articles
Browse latest Browse all 392

Babi Tua... Babi Muda...???

$
0
0
Ada seekor babi tua yang sering mengganas dan merosakkan kebun. Kumpulan binatang pun berpakat untuk menewaskan babi ini dengan apa cara sekali pun kerana babi ini sudah melampau.

Bermesyuaratlah binatang-binatang ini memilih sama ada menghantar kancil atau seekor babi juga untuk menewaskan babi tua itu.

Babi muda berjaya meyakinkan ketua bahawa dia calon sesuai menjalankan tugas itu. Babi ini yang pengotor juga telah membodek, membelanja dan melobi supaya dia dipilih. Kancil akhirnya diketepikan walaupun ia mempunyai kebijaksanaan dan baik.



Sebahagian kecil binatang memprotes kerana babi yang akan dihantar tetap kotor seperti babi tua. Mereka mahukan kancil.

Dubuk selaku ketua berkata " kita mesti menghapuskan babi tua itu. Ini semangat kita iaitu Alif Ba Ta..!!!! Atau maksudnya Anti Babi Tua...!!!!.... " Ini keputusan ketua. patut akur..!!!!"

Sebahagian yang menganggap kancil lebih baik cuba bersuara tetapi dihalang binatang-binatang lain.,

"Jangan bimbang...!!!! Misi kita hancurkan babi tua. Ketua dah putuskan hantar babi muda kita mesti taat. Alif Ba Ta..!!!!"

Jika nanti babi muda pula mengganas kita lawan dia pula...!!!!"

"Tapi tetap sama. Tetap kotor! Kita hancurkan babi dan gantikan dengan babi juga. Menyondol juga!"

Tetapi suara itu dipekup. Tidak dihiraukan. Mereka terus menyokong babi muda kerana ketua mereka si dubuk merestui.

"Alif Ba Ta...!!!! Alif  Ba Ta"... laung mereka.

Kali ini lebih kuat lagi.

Nukilan: Paparon.

Viewing all articles
Browse latest Browse all 392